Thursday, July 2, 2009

BELASUNGKAWA..ALLAHYARHAM USTAZ WAN MOHD SALIMI BIN WAN SULONG..(8 JUN 2009)- EX-SMAASZA

Sedetik masa berlalu, selangkah menuju maut..mungkin itulah tazkirah yang perlu sentiasa kita sematkan dalam jiwa kita tentang sebuah kematian yang tidak pernah ada dlm pengetahuan kita..namun janjiNya adalah pasti. Saatnya pasti tiba buat semua makhluk ciptaanNya. Kerana itulah betapa kita sering diingatkan agar ingatilah mati dalam setiap detik hidup kita dan setiap langkah kita lantaran kita tidak pernah tahu bilakah saat dan waktunya serta dimanakah bumi Tuhan yg bertuah akan menelan jasad kita..moga husnul khatimah adalah kesudahan kita semua..insyaAllah

Pemergian seorang sahabat menemui pencipta Rabbul Jalil beberapa minggu lalu memberikan kesan yang mendalam dalam diri ini. Betapa usia tidak pernah menjadi perhitungan untuk dipilih menemui Rabbul Jalil yang Maha Agung. Beruntungnya diri kerana lebih disayangi olehNya dan tidak perlu melalui cabaran dosa dan liku perjuangan hidup yang panjang yang belum tahu untung nasibnya.. Moga-moga beliau telah kembali ke sisiNya dengan penuh kehormatan sebagai hamba yang benar-benar soleh dan diberikan keampunan olehNya. Di doakan juga agar roh beliau sentiasa disemadikan bersama para insan soleh dan terpilih ke syurga Firdausi.. amin.

Menyingkap seuntai kenangan bersama beliau..tidak banyak yg dapat dikenang atas batasan persahabatan yg berbeza jantina,.namun ada beberapa perkara yang tidak saya lupakan tentang beliau sebagai ketua kelas 2 Tok Kenali terutamanya sewaktu beliau menjadi solo kumpulan nasyid SMAASZA diwaktu itu..masih terngiang-ngiang alunan lagu yang dinyanyikan dan saya masih mampu mengingati lirik lagu tersebut ..mungkin kerana saya suka lagu tersebut dan mungkin juga memang sedap suara beliau yang sangat lantang sewaktu mengalunkan lagu tersebut. Entah kenapa disaat-saat akhir sebelum beliau meninggalkan kita saya selalu saja menyanyikan lagu tersebut diwaktu pagi2 disaat mempersiapkan diri dan anak-anak sebelum keluar rumah dan tanpa disedari adakalanya menitis airmata sebak apabila kenangan itu menerjah fikiran.. saya titipkan kembali lagu itu disini sebagai merungkai kembali kenangan bersama sahabat semua dan saya percaya sahabat2 yg lain yang turut sama menyanyikan lagu ini bersama beliau dulu masih ingat lagi akan kerancakan melodinya.Saya suka kerana ia menaikkan semangat dan turut memperingatkan kita tentang sebuah perjuangan yang perlu kita tempuhi..Cuma saya lupa tajuknya..


Suasana pagi makin berseri-seri

Bila matahari mula menjenguk diri

Terlukis keindahan dalam keharmonian

Terpamer kekuasaan Ar-Rahman

Burung-burung berkicau dicelah pohon hijau

Menitislah embun dari hujung dedaun

Lembut bayu menyapa

Bagai membelai jiwa

Menghiris dosa-dosa yang tersisa

c/o

Redhalah aku hanya padaMu

Dan kurniaan kehidupan rabbani

Redhalah aku hanya padaMu

Dan limpahan nikmat di bumi ini

Keindahan alam keindahan Islam

Kemanisan iman nikmat yang disyukurkan

Persada kecintaan takwa jadi hiasan

Biarpun kehinaan di mata insan

Segala keperitan jadi rencah perjuangan

Itulah sunnatullah dari zaman Rasulullah

Biarpun tumpah airmata dan darah

Tak peduli demi cinta Ilahi..


Saya dedikasikan lagu ini untuk semua sahabat2 yang masih meneruskan perjuangan dibumi Tuhan ini. Moga doa kita semua sentiasa mengiringi sahabat yang telah pergi..dan moga kita semua terus thabat dan kekal dalam ‘lorong’perjuangan ini demi memastikan Islam berada pada tempat yang sebenarnya yang penuh kegemilangan dan keagungan..

Sebuah lagu lagi dibawah ini juga saya dedikasikan untuk sahabat semua. Ini juga kemanisan kenangan yg tidak saya lupakan sebelum meninggalkan bumi SMAASZA. Seruannya masih terasa hingga kini. Kalau tak silap lagu ini juga team kalian yang alunkan, Cuma saya lupa siapa solonya..tajuknya pun lupa. Mungkin ada yg ingat tolong bagitau..


Wahai mujahid ayuh berjuang

Demi Islam Addin yang tercinta

Agama Islam dijunjung mulia

Hingga berada dipuncak jaya

Rakan-rakan kita berjuang

Dan berjihad dimana-mana

Demi mempertahankan kedaulatan

Kemuliaan nama dan maruah

Dalam diri (2x) Janganlah ada

Sifat pengecut gerun dan gentar

Kerana mujahid yang berjihad adalah

Tentera Allah wira pendekar

Selautan peluh dan darah ya Allah

Tumpah ke bumi tidak percuma

Kerna nanti ada ganjaran Allah

Syurga Firdaus yang aman bahagia..


Itulah saja secebis kenangan yang dapat saya segarkan semula buat sahabat semua. Moga ada ketikanya nanti kita semua akan dipertemukan olehNya dalam suasana yang penuh mahabbah dan ukhwah Islamiyyah..insyaAllah..Selamat Maju Jaya buat semua terutama warga 1A1, 2 Tok Kenali dan 3 Khalid Al-Walid. Sahabat lain insyaAllah rasanya ingat jika betul2 recall balik. sehingga ketemu di lain coretan.

4 comments:

  1. Salam..

    Rahimallah akhana Wan Mohd Salimi Wan Sulong. Semoga berbahagia di alam sana...
    Allahummaghfir Lahu Warhamhu.

    ReplyDelete
  2. salam sahabat,
    masihkah lagi mengenali diriku ini?

    ReplyDelete
  3. Hari ini kubaca titipan kasih seorang sahabat..

    ReplyDelete
  4. Hari ini kubaca titipan kasih seorang sahabat..

    ReplyDelete